Transport for London

Pengangkutan untuk London (TfL; Bahasa Inggeris: Transport for London) adalah sebuah badan kerajaan tempatan yang bertanggungjawab untuk sistem pengangkutan di London Raya, England. [2]TfL bertanggungjawab atas rangkaian jalan utama di London, pelbagai rangkaian kereta api termasuk London Underground, London Overground, Keretapi Ringan Docklands dan Rel TfL. TfL tidak mengawal perkhidmatan Rel Nasional di London, namun, TfL bertanggunjawab untuk trem, bas dan teksi London, penyediaan laluan berbasikal, dan untuk perkhidmatan feri sungai. Perkhidmatan asas disediakan oleh campuran syarikat subsidiari milik penuh (terutamanya London Underground), oleh francais sektor swasta (perkhidmatan keretapi, trem dan kebanyakan bas) dan oleh pemegang lesen (beberapa bas, teksi dan perkhidmatan feri sungai). TfL juga bertanggungjawab, bersama-sama dengan Jabatan Pengangkutan Negara (DfT), untuk pemantauan pembinaan laluan Crossrail baru, dan akan bertanggungjawab untuk memfrancaiskan operasinya setelah selesai pembinaannya.[3]Pada tahun kewangan 2015-16, TfL mempunyai belanjawan sebanyak £11.5 billion, 40% datang daripada kutipan tambang. Selebihnya terdiri daripada pembiayaan kerajaan (23%), pinjaman (20%), Caj Kesesakan dan lain-lain pendapatan (9%) dan pembiayaan Crossrail (8%).

Transport for London

Tujuan Pihak berkuasa pengangkutan
Status perundangan Agensi eksekutif dalam GLA
Organisasi induk Pihak Berkuasa London Raya (GLA)
Laman web rasmi tfl.gov.uk
Pembentukan 3 Julai 2000 (Akta Pihak Berkuasa London Raya 1999)
Ibu pejabat 5 Endeavour Square, London, United Kingdom, E20 1JN
Organisasi utama
Kawasan berkhidmat London Raya
Belanjawan 2015–16: £11.5 billion (40% of this from fares)[1]
Slogan "Every Journey Matters"
Kependekan TfL
Pesuruhjaya Mike Brown
Kakitangan 28,000
Pengerusi Datuk Bandar London
Sadiq Khan
Jenis Perbadanan statutori